BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 22, 2009

Tahukah anda ?

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak
boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang
boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN- Sentiasa ingat bahawa nombor
kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam
kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua
talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor
kecemasan 112.
Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan
dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan
kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) .

2) KERETA TERKUNCI- Pernahkah anda tertinggal kunci
kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari
luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan
kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.
Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta
yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja .

Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.
Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang
telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari
kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di
rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan
pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon
bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh
dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat
kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda
menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda
percayai untuk menyimpannya.
Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan
sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa
orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI- Mungkin ramai tidak
tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh
digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai
fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika
bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati
sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau
berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia
didatangkan dengan bateri simpanan.

Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon
bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin
telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan
kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga
akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI- Bagaimana jika telefon bimbit
anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan
dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit
anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit
anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk
setiap telefon bimbit.
Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat.
Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat
servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri
tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam
telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti
hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak
akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.
Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda
berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya
ataupun menjualnya

0 comments: